Thursday, August 20, 2009

Ahlan Ya Ramadhan

10 TIP MELATIH ANAK BERPUASA

Ramadan adalah pengalaman serta tarbiah untuk seluruh anggota keluarga. Dalam kita sibuk berpuasa dan mengurus kehidupan seharian di sepanjang Ramadan nanti, ingatlah bahawa anak-anak kita perlu dipimpin dan dibimbing dalam menjalani serta menghayati intipati ibadat puasa dan Ramadan. Tip-tip berikut Insya-Allah boleh dijadikan panduan dan pedoman untuk manfaat kita bersama :

  1. Menonjolkan suasana gembira dan ceria dengan menghiasi rumah agar anak-anak dapat merasai betapa pentingnya kehadiran tetamu agung (Ramadan).
  2. Melatih anak-anak kecil berpuasa secara beransur-ansur iaitu selama beberapa jam dan kemudian beberapa hari. Berilah ganjaran bagi setiap hari yang dia sempurnakan puasa selama sebulan itu. (Untuk mendidik)
  3. Berikan perhatian terhadap anak perempuan yang hampir baligh. Ajar mereka ilmu feqah berkaitan ibadat puasa.
  4. Wujudkan ‘Taman Al-Quran’. Didiklah anak-anak membaca Al-Quran bersama anda setiap hari mengikut kemampuan mereka.
  5. Latihlah anak-anak mempelajari doa berbuka puasa dan membaca doa tersebut sementara ahli keluarga yang lain mengaminkannya.
  6. Biasakan anak menderma dan bersedekah di bulan Ramadan. Ajar mereka berjimat cermat dalam perbelanjaannya untuk didermakan.
  7. Bersama-samalah dengan anak-anak menunaikan solat tarawih dan solat fardhu secara berjemaah. Berilah perhatian dalam mengawasi solat lima waktu.
  8. Berikan kefahaman yang jelas kepada anak-anak bahawa puasa tidak akan sempurna tanpa disertai akhlak yang mulia.
  9. Jangan biarkan anak-anak menjadi penunggu setia rancangan televisyen. Pilihlah rancangan yang sesuai.
  10. Susunlah jadual malam hari Ramadan untuk anak-anak supaya mereka terutamanya yang kecil dan remaja – tidak berkeliaran / merayau di sekitar kawasan perumahan / kampung sampai lewat malam tanpa tujuan, apalagi jika bermain mercun dan bunga api yang mengganggu orang-orang yang tidur atau sedang beribadat.

Ramadan Bulan Menyubur Kasih Sayang


Jangan lupa layari dan singgahlah ke :

www.ramadhanzone.com


SEMOGA IBADAT PUASA KITA PADA TAHUN INI BENAR-BENAR MEMBUAHKAN KEIMANAN DAN KETAQWAAN. AMIN.

0 comments: